Datuk R. Karunakaran
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusi
Karu

Datuk Karunakaran dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusi Maybank Ageas Holdings Berhad pada 1 March 2016.

Beliau memegang Kursus Pasca Siswazah dalam Perancangan Projek Industri dari University of Bradford, United Kingdom dan Sarjana Muda Ekonomi (Perakaunan) dengan Kepujian dari Universiti Malaya, Malaysia .

Datuk Karunakaran telah berkhidmat dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) selama 36 tahun dalam pelbagai jawatan termasuk Pengarah dan Ketua Pengarah. MIDA bertanggungjawab untuk penggalakan dan penyelarasan pembangunan sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia termasuk menggalakkan pelaburan domestik dan asing. Beliau pernah menjadi Pengerusi ILB Group Berhad (dahulunya dikenali sebagai Integrated Logistics Berhad).

dalam Kumpulan Maybank , Datuk Karunakaran kini merupakan Pengerusi Etiqa International Holdings Sdn Bhd dan Maybank Singapore Ltd.

 

 

Kemas kini terakhir pada 23 April 2024