Glenn John Williams
Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan Naib Pengerusi
Glenn Williams

En. Glenn Williams dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi Maybank Ageas Holding Berhad pada 1 Julai 2025. Beliau juga telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran dan Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Maybank Ageas Holdings Berhad pada 1 Julai 2025.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Matematik dan Ekonomi dari Universiti Teknologi Loughborough, United Kingdom (UK). Beliau juga merupakan ahli Felo Institut dan Fakulti Aktuari, UK.

Encik Glenn Williams mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam industri insurans hayat dan insurans semula, dengan 25 tahun terakhir yang berpangkalan di Asia menerajui pelbagai transformasi perniagaan. Beliau telah memegang pelbagai jawatan eksekutif peringkat tinggi sejak 20 tahun lalu, termasuk 10 tahun dalam jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Filipina, Singapura, Hong Kong dan India.

Encik Glenn Williams memulakan kerjayanya sebagai Student Actuary di The Guardian Assurance Company, London & Lancashire, UK (sebuah syarikat insurans hayat dan kebakaran) pada Oktober 1992 dan seterusnya di The Mercantile & General Reinsurance Company Ltd, UK pada April 1995. Pada April 1997, Encik Glenn Williams menyertai Swiss Re Life & Health Limited, UK sebagai Pricing Actuary yang bertanggungjawab menetapkan syarat perdagangan bagi semua jenis perniagaan di Israel dan Turki. Selepas itu, beliau memegang peranan sebagai Marketing Actuary di Swiss Re Life & Health Limited, Hong Kong selama lebih daripada 2 tahun sehingga Jun 2002.

En. Glenn Williams meneruskan kerjayanya dengan AXA Group dari Julai 2002 hingga Ogos 2016. Sepanjang 14 tahun kerjayanya di AXA Group, En. Glenn Williams memegang pelbagai jawatan Pengurusan Kanan dalam entiti serantau Kumpulan AXA di Filipina, Singapura, Hong Kong dan India. Jawatan terakhir beliau dengan Kumpulan AXA ialah Ketua Pegawai Eksekutif AXA Life Insurance Singapore Pte. Ltd., di mana peranan utama beliau adalah untuk mengubah perniagaan dari segi keuntungan dan pelaksanaan strategi pertumbuhan transformasi.

Pada September 2016, Encik Glenn Williams telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO) IP Global Ltd, Hong Kong (sebuah syarikat global yang terlibat dalam perkhidmatan pelaburan hartanah). Selepas itu, Encik Glenn Williams mengambil cuti sabatikal dari Oktober 2018 hingga Julai 2019.

Pada Ogos 2019, Encik Glenn Williams menyertai East West Ageas Life Insurance Corporation, Filipina (EWA) sebagai Ketua Kewangan dan Risiko, bagi menyokong CEO baharu dalam usaha memulihkan perniagaan dan meningkatkan pelaksanaan inisiatif perubahan utama sambil mengurangkan kos untuk menyokong pertumbuhan perniagaan yang menguntungkan. Pada Januari 2022, Encik Glenn Williams memegang jawatan Presiden dan CEO sehingga November 2022 untuk meneruskan transformasi perniagaan EWA. Selepas itu, pada Disember 2022, Encik Glenn Williams ditugaskan untuk mengurus projek khas Asia.

En. Glenn Williams kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan Ageas Asia Services Limited, Hong Kong (Ageas Asia) dari Jun 2023 hingga November 2024 sebelum beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi Ageas Asia berkuat kuasa Disember 2024.

Pada masa ini, Encik Glenn Williams menganggotai lembaga pengarah Muang Thai Life Assurance Public Company Limited and Ageas Asia.

 

Kemas kini terakhir pada 11 Julai 2025