Mohamad Shukor Ibrahim
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Shukor

Encik Shukor telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bagi Etiqa General Insurance Berhad pada 1 April 2020. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Jawatankuasa Pemantauan Lembaga Inovasi & Teknologi Maybank Ageas Holdings Berhad .

Beliau menghadiri INSEAD School of Management, Fontainebleau, Perancis dan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Kimia dari University of Missouri-Rolla, Amerika Syarikat.

Kerjaya Encik Shukor melangkaui lebih 20 tahun, di mana 6 tahun pertamanya diperuntukkan untuk berkhidmat di syarikat minyak dan gas, iaitu Petronas Dagangan Sdn Bhd dan BP Malaysia Sdn Bhd. Beliau kemudiannya meluaskan pengetahuan dan kepakarannya selama 14 tahun dalam bidang berkaitan, iaitu industri automotif, di Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua). Sepanjang tempoh tersebut di Perodua, beliau meniti laluan kerjaya sehingga memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan di Bahagian Jualan sebelum menyertai DRB-HICOM. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd serta Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Sdn Bhd.

Selain daripada Kumpulan Maybank , Encik Shukor juga menganggotai lembaga pengarah beberapa syarikat swasta seperti Giga Shipping Sdn Bhd, Straits Auto Logistics Sdn Bhd, Nexus Mega Carriers Sdn Bhd dan Stonebridge Capital Sdn Bhd .

 

 

Kemas kini terakhir pada 23 April 2024