
Encik Colin Pakshong telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Etiqa Life Insurance Berhad pada 1 Januari 2018 dan Etiqa Family Takaful Berhad pada 1 March 2018. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Jawatankuasa Pelaburan bagi Maybank Ageas Holdings Berhad .
Beliau adalah Ahli Fellow Institute of Actuaries, United Kingdom dan memiliki Ijazah Sarjana Sains dari University of Cape Town, Afrika Selatan.
Encik Colin Pakshong adalah seorang aktuari secara profesion, dan pernah bekerja dalam bidang insurans hayat dan perundingan selepas menamatkan pengajian. Pada tahun 1993, beliau menyertai pejabat General & Cologne Re di Singapura, dan kemudiannya menjadi Pengarah Urusan. Beliau pernah menjawat jawatan Pengarah, Life & Health di GE Frankona Reassurance Singapura dari 1999 hingga 2004, dan selepas itu menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Retakaful. Dari 2007 hingga 2010, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif TM Asia Life.
Dalam Kumpulan Maybank, Encik Colin Pakshong juga menganggotai lembaga pengarah Etiqa Insurance Pte. Ltd. dan Etiqa Life Insurance (Cambodia) Plc.
Kemas kini terakhir pada 23 April 2024