Carian
Tutup kotak carian ini.
Pengumuman

Berhati-hati dengan penyamar wakil Etiqa!

Malaysia

Pihak kami telah menerima laporan daripada segelintir pelanggan Etiqa berkaitan panggilan palsu (scam). Penyamar telah memaklumkan pelanggan bahawa terdapat tuntutan yang telah dibuat atas nama mereka dan diminta mengesahkan butiran peribadi mereka seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat dan nombor akaun bank kepada pemanggil – INI ADALAH PANGGILAN PALSU.

Jika anda memerlukan sebarang pengesahan, sila hubungi pihak kami melalui Etiqa Oneline di 1-300-13-8888 .

Atau

Jika anda telah menjadi mangsa penipuan kewangan:

a) Segera hubungi Bank anda atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997 apabila ditemui transaksi yang tidak dibenarkan.
(Rujuk: https://www.bnm.gov.my/financial-consumers/enquiries/categories/scams )

b) Buat laporan polis di balai polis berhampiran secepat mungkin

Sentiasa berwaspada dan semoga kekal selamat!