Sebagai sebahagian daripada usaha kelestariannya, sukarelawan kakitangan Etiqa mengambil bahagian dalam Program Pemuliharaan Marin Etiqa 2022, ekspedisi pemuliharaan karang di Kampung Salang, Pulau Tioman dengan kerjasama Kelab Legasi Selam Skuba Malaysia (Leges Divers), sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang memperjuangkan kesedaran pemuliharaan marin. Program ini berlangsung dari 30 September hingga 2 Oktober 2022 dan merangkumi aktiviti pemuliharaan karang dan pembersihan pantai.
Program Pemuliharaan Marin Etiqa bertujuan memulihkan ekosistem marin tempatan di samping menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian ekosistem marin. di Kampung Salang, Pulau Tioman. Etiqa memberi nafas baharu kepada sejumlah 9 Unit Pemuliharaan Karang di Tapak Menyelam Terumbu Rumah Salang dengan batu karang baharu pelbagai spesies. Terumbu ini juga menempatkan pelbagai hidupan marin seperti Jerung Terumbu Hitam yang hampir terancam, Penyu Hawksbill yang terancam dan Penyu Hijau yang sangat terancam yang penting untuk keseimbangan ekosistem.
Menurut Laporan Segi Tiga Karang Bank Pembangunan Asia pada tahun 2014, kesan negatif terhadap terumbu karang akibat daripada aktiviti perindustrian atau pembinaan infrastruktur berkaitan pelancongan, adalah bersamaan dengan penghapusan litupan hutan. Aktiviti-aktiviti yang memudaratkan ini didapati meningkatkan kadar di mana sedimen disimpan pada terumbu karang, yang seterusnya menghalang cahaya matahari di mana pertumbuhan karang bergantung kepada. Lebih merosakkan kesihatan terumbu karang ialah penyingkiran langsung substrat terumbu karang untuk digunakan sebagai bahan binaan.
Kerjasama strategik dengan Leges Divers membantu memacu program yang bertujuan memulih dan mengadaptasi batu karang di Kampung Salang, Pulau Tioman. Leges Divers mengetuai penerokaan bawah air, dan juga menyediakan bengkel kesedaran mengenai pengenalan hidupan marin dan teknik pemuliharaan karang semasa program untuk memastikan setiap aktiviti bawah air dijalankan dengan selamat untuk peserta dan ekosistem.
Shahrul Azuan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Etiqa General Takaful Berhad (EGTB) berkata, "Sebagai pengendali insurans dan takaful terkemuka, Etiqa berbesar hati untuk menyumbang kepada pemuliharaan terumbu karang di Pulau Tioman, melalui Program Pemuliharaan Marin Etiqa 2022, di bawah bimbingan Leges Divers, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan.
Ekosistem marin memainkan peranan penting dalam mengawal iklim, di mana lautan bukan sahaja menyediakan oksigen tetapi juga merupakan sumber makanan kepada planet ini. Oleh itu, program ini akan memberi nafas baharu kepada ekosistem marin dan seterusnya memelihara ekosistem dunia. Program ini adalah bukti komitmen Etiqa dalam memenuhi visi korporatnya, 'Making the World a Better Place' di samping selaras dengan garis panduan Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) untuk melihat pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.